Pembukaan Jambatan Sultan Ismail Muar, 1967


Jambatan Sultan Ismail merupakan jambatan pertama yang menghubungkan bandar Muar dengan kawasan seberang di Tanjung Agas. Pembinaan jambatan ini bermula pada tahun 1960 dan siap pada tahun 1962, sekali gus memudahkan pergerakan penduduk serta merancakkan perkembangan ekonomi di kedua-dua kawasan tersebut.

Jambatan ini kemudiannya dibuka secara rasmi pada 15 April 1967 oleh Sultan Johor ketika itu, Sultan Ismail Al-Khalidi. Sebelum wujudnya jambatan ini, penduduk tempatan bergantung kepada perkhidmatan feri yang dikenali sebagai penambang untuk menyeberangi Sungai Muar, satu perkhidmatan yang pernah dirasmikan oleh Sultan Abu Bakar pada zaman dahulu.

Kredit video: Finas

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban