'Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X' -- Kini Di Pasaran!
As Salam dan Hello! Sukacita ingin saya memperkenalkan buku ketiga dan terbaharu saya – Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X!
Buku ini (format digital sahaja buat masa ini) membawa anda menelusuri pengalaman hidup dan budaya pop seorang anak Gen-X – penuh dengan nostalgia dan kisah peribadi.
Klik pautan di bawah untuk info lanjut atau pembelian:
mzulkifli.gumroad.com/l/anakgenx
Untuk diskaun istimewa, beli terus daripada saya. PM sekarang!
Terima kasih di atas sokongan anda dan selamat membaca!
Pengenalan
Generasi-X memang unik dan sangat bertuah. Kami hidup di antara era hitam putih dan warna. Analog dan digital. Manual dan automatik. Walaupun kehidupan tidak secanggih sekarang, namun ada saja pengalaman baharu untuk kami rasa dan cuba, dan simpan jadi kenangan.
Kini, kisah indah kehidupan Gen-X banyak diceritakan semula di Internet dan media sosial melalui jutaan klip video, hantaran #throwback dan meme. Generasi ini diiktiraf sebagai kental dan kreatif; ada adab, prinsip hidup dan jati diri. Tidak lembik, dan bukan jenis yang mudah mengeluh tentang itu dan ini. Rasa 'entitled', jauh sekali.
Buku ini merupakan koleksi cerita-cerita peribadi saya sebagai seorang anak Gen-X; dari zaman persekolahan dan seterusnya ke universiti, hingga ke alam pekerjaan dan berkeluarga. Saya juga mengupas tentang pelbagai trend dan budaya popular ikonik yang mewarnai hari-hari generasi ini.


Comments
Post a Comment