300,000 Anggota Tentera Jepun Terlibat Dalam Serangan Ke Atas Tanah Melayu
Pada hari ini dalam tahun 1948, kerajaan Jepun mengumumkan jumlah rasmi tenteranya yang terlibat dalam serangan ke atas Tanah Melayu antara 9 Disember 1941 hingga Ogos 1945. Seramai 300,000 tentera di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita terlibat, dengan sokongan 670 pesawat (331 daripadanya musnah).
Operasi ini dirancang rapi, termasuk penyertaan unit sokongan seperti pasukan gali perigi dan sanitasi. Pendaratan pertama berlaku di Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941, dan Tanah Melayu berjaya ditawan sepenuhnya pada 31 Januari 1942. Pendudukan berakhir pada 13 September 1945 melalui upacara penyerahan kuasa di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Sumber: Arkib Negara

Comments
Post a Comment