Saksikan Momen Bersejarah Perasmian Malaya Hall,1949

 

Perasmian Malaya Hall telah disempurnakan oleh Duchess of Kent pada 12 Disember 1949. Mulai 1951, Kerajaan Persekutuan menyewa empat unit bangunan di Bryanston Square -- unit 44 dan 45 dijadikan pejabat Malaysian Students Department (MSD) serta penginapan pelajar dari Malaya, manakala unit bawah tanah bernombor 46 dan 47 dijadikan kantin. Sewa tahunan kepada Portman Settled Estate Limited ditetapkan pada kadar £400 setahun.

Pengurusan Malaya Hall disokong melalui subsidi kerajaan sebanyak £3,500 setahun, selain hasil sewaan bilik dan sumbangan masyarakat. Kadar sewa pada awalnya ialah £2.07 seminggu bagi single room dan £2.10 seminggu bagi double room, sebelum dinaikkan pada 1962 kepada £6.16 dan £6.06 seminggu. Beberapa bilik dinamakan sempena tokoh penyumbang seperti Datuk Panglima Bukit Gantang, Loke Wan Tho dan Shaw Brothers, yang turut menyumbangkan piano serta perabot. Selepas kemerdekaan, Malaya Hall ditukar nama kepada Malaysia Hall.

Saksikan video di SINI

Sumber: British Pathe & Kitab Tawarikh 2.0

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban