Masjid Jamek Kuala Lumpur Kini Berusia 116 Tahun!
Masjid Jamek Kuala Lumpur, atau Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, ialah antara masjid tertua di ibu negara dan terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Dibina pada tahun 1909 di atas tapak perkuburan Melayu lama, ia merupakan masjid besar pertama di Kuala Lumpur. Masjid ini direka oleh Arthur Benison Hubback dalam gaya Indo-Saracenic berpengaruh seni bina Mughal.
Batu asasnya diletakkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pada 23 Mac 1908, dan masjid ini dirasmikan pembukaannya pada 23 Disember 1909, sebelum berfungsi sebagai masjid utama Kuala Lumpur sehingga siapnya Masjid Negara pada tahun 1965.

Comments
Post a Comment