Kota Bukit Supai: Runtuhan Sunyi Di Tepi Sungai Linggi

 


Kalau anda memandu ke arah Kuala Linggi, cuba singgah sekejap di sebuah lokasi bersejarah yang agak “underrated” -- Kota Bukit Supai, atau lebih mudah disebut Fort Supai.

Dibina oleh Belanda pada abad ke-18, kota kecil di atas bukit ini dulunya jadi kubu pertahanan dan juga pusat kawalan perdagangan bijih timah dari pedalaman Rembau dan Linggi. Lokasinya memang strategik, betul-betul menghadap muara Sungai Linggi yang terus bersambung dengan Selat Melaka.

Hari ini, yang tinggal hanyalah runtuhan batu laterit dan sisa tembok yang samar-samar, tapi cukup untuk membuatkan kita bayangkan bagaimana askar Belanda dan pasukan upahan “Supai” pernah berkawal di sini. Ada juga kisah ia dikenali sebagai Kota Meriam Patah (sebab meriam yang rosak ditemui di tapak ini) dan Kota Filipina (sempena nama anak Gabenor Belanda).

Suasana di sini tenang, malah agak sunyi -- jauh dari hiruk-pikuk pantai Port Dickson. Kalau anda peminat sejarah atau sekadar mahu ambil gambar “hidden gem” untuk Instagram, tempat ini memang menarik.



Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban