Galeri Diraja Tuanku Ja’afar: Kisah Hidup, Warisan & Inspirasi
Pernahkah anda singgah ke Galeri Diraja Tuanku Ja’afar di Seremban?
Terletak di dalam kawasan Taman Tasik Seremban, galeri ini mengabadikan kisah hidup dan legasi Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan juga Yang di-Pertuan Agong ke-10 Malaysia.
Pengunjung dapat melihat koleksi peribadi baginda, termasuk pakaian rasmi, barangan diraja, dokumentasi sejarah serta kisah kepimpinan dan minat baginda dalam bidang sukan dan pendidikan. Galeri ini juga menonjolkan peranan baginda dalam membawa Negeri Sembilan ke arah kemajuan moden.
Jika anda berada di Seremban, ini antara destinasi warisan yang wajib dilawati, bukan sahaja untuk peminat sejarah, tetapi juga untuk sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat seorang raja berjiwa rakyat.











Comments
Post a Comment