Damai Di Masjid Pertama Islam


Kali terakhir aku melawat Masjid Quba adalah pada tahun 2023. Seperti biasa, ia dipenuhi dengan pengunjung dari pelbagai pelosok dunia -- wajah-wajah asing yang berkongsi satu tujuan, mencari ketenangan dan keberkatan di rumah Allah yang penuh sejarah ini. Walaupun sesak, hati terasa lapang, seakan dibelai oleh aura damai yang menyelubungi masjid ini sejak zaman Rasulullah SAW.





Masjid Quba bukan sekadar bangunan indah di Madinah. Ia adalah simbol permulaan, titik sejarah di mana Rasulullah SAW, sebaik tiba dari hijrah Mekah, meletakkan batu asasnya dengan tangan baginda sendiri. Dari sebuah masjid kecil di perkampungan, Quba menjadi saksi lahirnya sebuah komuniti Islam yang tersusun dan bersatu. 



Hari ini, struktur moden masjid ini berdiri megah, namun ruhnya tetap sama. Setiap kali melangkah masuk, kita seakan dibawa kembali ke detik awal perjuangan, merasakan kehangatan iman yang pernah membakar semangat para sahabat. Masjid Quba mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan, seperti hijrah Rasulullah SAW, bermula dengan satu langkah -- dan langkah itu, bila dilakukan kerana Allah, mampu mengubah dunia.


Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَىٰ مَسْجِدَ قُبَاءٍ، فَصَلَّى فِيْهِ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.

Maksudnya: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian dia datang ke Masjid Quba’ dan solat di sana, maka dia akan memperoleh pahala seperti pahala umrah.” [Riwayat Ibn Majah, no. 1412]

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban