Ziarah Sebentar Makam Raja Melewar

Pagi ini sempat ziarah Makam Raja Melewar.

Terletak di Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan — inilah tempat persemadian Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar. Sebuah lokasi bersejarah yang masih kurang diketahui ramai. 




Raja Melewar adalah Raja Mahmud ibni Sultan Abdul Jalil dari Pagar Ruyung (Sumatera). Diangkat sebagai Yamtuan Besar pertama pada tahun 1773, hasil persepakatan adat Luak-Luak di Negeri Sembilan.




Pemilihan Raja Melewar adalah simbol penting sistem pemerintahan Adat Perpatih — gabungan antara adat Minangkabau dan Islam. Ia menjadi asas kepada struktur politik unik Negeri Sembilan hingga ke hari ini.

Makamnya terletak kira-kira 100 meter dari Muzium Rembau, iaitu replika Istana Raja Melewar. 

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban