Semua House Berwajah Baharu. Jom Tengok Apa Yang Menarik!


Dulu kita kenal Semua House KL sebagai mall ikonik era 80-an -- tempatnya humble, tapi penuh kenangan. Sejak setahun lalu, ia kembali dengan wajah baharu selepas pengubahsuaian besar. Kini, bangunan lima tingkat ini tampil lebih moden dan segar, dihiasi instalasi seni tempatan, ruang komuniti kreatif serta spot #OOTD yang memang Instagram-worthy.



Paling best, food, glorious food! Di tingkat B2 ada medan selera Semua Rasa -- makanan Korea, selera Sarawak , Western, semua ada! Ground floor pula ada Nasi Kandar Hameediyah, Nasi Lemak Burung Hantu, Zus Coffee dan macam-macam lagi.

Semua House bukan sekadar membuat “comeback”, tapi menjadi simbol bagaimana nostalgia boleh hidup semula dengan nafas baharu di tengah kota.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan buku 'Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X' di SINI

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban