Muzium Sejarah Kuala Selangor – Pintu ke Zaman Silam


Kalau sebut Kuala Selangor, ramai terbayang seafood segar, kelip-kelip di Kampung Kuantan, dan monyet-monyet comel (dan kadang-kadang agak ‘nakal’) di Bukit Malawati. Tapi di puncak bukit bersejarah ini, ada satu destinasi yang selalu terlepas pandang: Muzium Sejarah Kuala Selangor.









Muzium ini menyimpan khazanah cerita tentang Kuala Selangor, khususnya zaman kegemilangan Kesultanan Selangor dan peristiwa penting di Bukit Malawati. Kawasan ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan kubu pertahanan sejak abad ke-18. Di sini, kita boleh lihat pelbagai artifak seperti senjata tradisional, pakaian, replika istana, dan maklumat tentang peperangan menentang Belanda serta British.





Lokasinya memang strategik — dari puncak bukit, anda boleh nampak panorama Sungai Selangor yang luas. Tak hairanlah ia jadi lokasi penting untuk mengawal laluan perdagangan satu ketika dulu. Di luar muzium, terdapat meriam lama, batu penjara, dan tinggalan istana yang menambah rasa “throwback” ke zaman silam.

Yang menarik, muzium ini free entry! Jadi, kalau anda singgah Kuala Selangor, jangan sekadar makan ikan bakar atau tengok kelip-kelip. Luangkan masa sejam dua untuk menyelami sejarah di Muzium Bukit Malawati. Barulah lengkap trip anda — dapat makan sedap, cuci mata, dan tambah ilmu sekali.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan buku 'Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X' di SINI

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban