Detik ERA Baharu Bermula
Pada 1 Ogos 1998, tepat jam 6:00 pagi, peminat radio di Malaysia dikejutkan dengan sesuatu yang berbeza. Deejay Halim Othman menyapa semua yang mendengar dengan ungkapan, "Era Rentak Muzik Terkini".
Kemudian, lagu 'Hijau' oleh Zainal Abidin berkumandang, dan ia bukan sekadar lagu. Ia adalah simbol kepada kelahiran sebuah fenomena -- ERA FM, stesen radio berbahasa Melayu pertama milik Astro.
Ketika itu, industri radio tempatan dikuasai oleh stesen-stesen milik kerajaan dengan gaya penyampaian yang agak formal. Di sinilah ERA muncul sebagai “revolusi kecil” -- membawa konsep radio moden yang segar, lebih bersahaja, dengan pilihan lagu yang memenuhi citarasa generasi muda.
Apakah kenangan ERA FM kegemaran anda ketika itu?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan buku 'Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X' di SINI


Comments
Post a Comment