Al Kisah Dayabumi


Pernah sekali tonton sebuah filem Melayu era 80an dan salah seorang daripada karakternya memakai T-shirt dengan tulisan: "Cintaku Setinggi Dayabumi". Fuh! 😃

Sekarang bunyinya kelakar dengan ada puluhan bangunan pencakar langit yang jauh lebih tinggi dari menara Dayabumi di ibukota, tapi satu masa dulu, itulah mercu tanda kebanggaan negara!

                                                                    Gambar: Sahabat Shah Alam

Bangunan setinggi 157m ini mula dibina pada tahun 1981 dan siap sepenuhnya dalam masa 3 tahun, iaitu pada 1984. Ia dibangunkan oleh UDA (Urban Development Authority) sebagai salah satu usaha memodenkan wajah Kuala Lumpur. Lokasinya pula memang strategik -- betul-betul di tengah bandar, dekat dengan Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Apa yang buat Dayabumi lain daripada yang lain ialah reka bentuknya yang diinspirasikan oleh seni bina Islam. Kalau perasan, ada bentuk-bentuk lengkung, motif Arabesque, dan corak jaring-jaring halus pada facade bangunan. Warna putih marmar yang digunakan pula bagi sentuhan elegan dan bersih.

Sebelum KLCC wujud, Petronas pernah beroperasi dari sini. Sekarang, Dayabumi menempatkan pelbagai pejabat korporat dan GLC. Dan masih lagi sedap mata memandang!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan buku 'Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X' di SINI



Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban