Jemaah Haji Malaysia Berangkat Ke Tanah Suci, 1965


Menonton video arkib yang cukup berharga ini mengingatkan aku kepada perjalanan haji Allahyarhamah nenek, Rafeah Abdul Jalil. Tak ingat tahun yang sebenarnya, tapi sudah pasti era 70-an kerana ketika itu aku masih lagi kecil.



Yang aku ingat, nenek telah bertolak ke Jeddah dengan menaiki kapal, dan perjalanannya akan memakan masa beberapa minggu. Kami juga tidak tahu tarikh sebenar beliau akan kembali ke tanahair.

Dari bacaan aku sekarang, biasanya perjalanan Haji dari Singapura dan Malaysia bermula dari bulan Ramadan lagi. Lama tu!

Menarik juga, terdapat dalam simpanan keluarga kami sekeping gambar hitam putih Allahyarhamah nenek memakai jubah hitam dan mengenakan cermin mata gelap dengan bingkai yang bentuknya tajam di tepi yang biasa dipakai orang zaman itu. Jangan gelak, tapi aku rasa nenek aku kelihatan sangat cool berketrampilan sebegitu!

Comments

Popular posts from this blog

The Japanese WW2 Soldier Who Found Islam In Malaya

Ross Ariffin Meninggal Dunia

Ol’ Skool Makan #3: Haji Shariff Cendol -- A Sweet Legacy Of Seremban